Azam 2024, Ella Berhasrat Tunai Ibadah Haji & Rancang Nak Keluarkan Lagu Baru!

Penyanyi terkenal, Ella Aminuddin meluahkan hasratnya untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini sekiranya diberi kesihatan dan rezeki yang baik.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelantun lagu popular Sembilu ini berkongsi azamnya pada 2024.

Dalam masa yang sama, Ella juga dalam perancangan untuk mengeluarkan single terbaru.

“Azam baru Ella pada tahun 2024 ini, kalau panjang umur, murah rezeki Insya-Allah nak tunai Haji. Nak juga bertemu peminat, di mana saja anda berada.

“Kalau nak cakap tentang lagu baru memang kalau boleh nak keluarkan secepat yang mungkin, Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ella turut sempat menitipkan pesanan kepada pengikutnya untuk menjaga diri berikutan kes COVID-19 yang semakin naik sejak kebelakangan ini.

“Covid-19 kita dah pernah laluinya, kita dah tahu basic apa yang perlu dibuat jadi hati-hari kalau berada dalam keadaan ramai orang.

“Pakai mask, kerja seperti biasa. Kalau ada hal tertentu baru keluar tapi jangan risau sangat. Jaga kesihatan, Insya-Allah. Kepada semua peminat saya, selamat maju jaya. jaga diri,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ella mendedahkan dia mempunyai masalah pendengaran dan terpaksa menggunakan alat bantuan.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Tahu Ada Masalah Sehingga..” – Pendengaran Terjejas, Ella Guna Hearing Aid

Aqilah Paharuzi