Categories: #ThrowbackXTRA

#ThrowbackXTRA: Nabila Huda Tak Suka Jadi Ibu Yang Garang, Pernah Beri Renungan Tajam Untuk Buat Anak Takut & Hormat

Setiap ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Malah, didikan yang sempurna dan baik juga mampu membentuk seorang anak itu menjadi sebuah generasi yang berkualiti dan berdisiplin terhadap orang sekeliling.

Dalam segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, pelakon Nabila Huda tampil berkongsi momen sepanjang dirinya bergelar seorang ibu dan membesarkan puteri kesayangannya, Keisha Laila.

Menurut Nabila, anaknya, Keisha mempunyai perwatakan yang bertentangan dengannya namun dia bersyukur puteri kesayangannya itu seorang yang sangat lemah lembut.

“Dia sangat opposite dengan saya. Dia seorang yang lemah lembut dan saya rasa dia ikut perangai suami saya. Dia sangat berbeza sebab saya dengan suami pun memang jauh berbeza. Suami saya pun tak pernah tinggikan suara,” katanya.

Ditanyakan tentang bagaimana caranya mendidik anaknya, Nabila menyatakan dia bukanlah seorang ibu yang tegas bahkan sangat sporting.

Namun, pelakon itu mengakui pernah memarahi anak tunggalnya itu dengan hanya memberikan renungan tajam dan menegur kesilapannya dengan baik.

“Saya bukan mak yang sangat strict. Saya bukan mak yang tak boleh itu, tak boleh ini, bukan. Saya memang seorang ibu yang sangat sporting, macam mana orang melihat saya sekarang ni, macam tu jugalah saya berkomunikasi dengan anak saya.

“Tapi, ada masa saya akan bertukar watak antagonis, watak antagonis saya tu, dia tak boleh nak digest dan dia akan takut sangat. Saya bukan jenis yang terpekik-pekik, saya hanya bagi renungan tajam je.

“Kalau saya dah geram sangat, baru saya menjerit yang marah sangat. Saya akan warning dia yang saya yakin dia pun taknak tengok saya dari sudut lain. Terus dia tak buat,” jelasnya.

 

Fatin Nurain