Categories: #ThrowbackXTRA

#ThrowbackXTRA: Zoey Rahman Syukur Perniagaan Makin Maju, Kongsi Perjalanan Mikaseries

Untuk terus mendapat nama dan tempat di dalam industri seni hiburan tanah air bukanlah satu perkara yang mudah.

Selain menonjolkan bakat dalam dunia lakonan, nyanyian, pengacaraan, ada juga sesetengah selebriti tanah air yang sudah mula menjalankan perniagaan sendiri demi kelangsungan hidup yang stabil.

Menerusi segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, pelakon dan pengacara Zoey Rahman tampil berkongsi perkembangan perniagaannya, Mikaseries yang sudah ditubuhkan sejak tujuh tahun yang lalu.

“Alhamdulillah, walaupun masih lagi dalam industri tapi saya kena cari back up plan memandangkan dah ramai bakat baru dalam industri. Jadi saya jadikan back up plan ini untuk terus kekal dalam industri.

“Orang tanya mana saya dapat duit? So, saya bermula dari duit simpanan shooting saya macam program Gerak Geri Gasing dan sebagainya. Untuk modal, saya tak ada partner dengan sesiapa.

“Saya memang mengendalikan perniagaan ini sendiri sebab taku kalau ada rakan kongsi ni akan menimbulkan isu di kemudian hari.

“Jadi saya rasa lebih baik bergerak sendiri cuma saya nak minta sokongan dari kerajaan untuk mengembangkan lagi perniagaan kami walaupun masih dalam proses mencuba lagi,” katanya.

Syukur perniagaannya kini mula disedari ramai dan semakin maju, Zoey menyatakan dia tidak segan untuk berniaga kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang itu.

“Alhamdulillah, tahun ini kita dapat tawaran dari Bangladesh untuk bawa masuk produk kita dalam pasaran di sana.

“Dan sekarang pun tulang belakang Mika Series sudah makin ramai, kalau dulu kita ada dalam beberapa orang je staff tapi sekarang dah ada sebelas orang.

“Bagi saya, tak salah kita ada back up plan sebab kita ada banyak komitmen. Lagipun dah ramai juga selebriti yang dah mula berniaga.

“Saya pun dah pernah rasa fasa di mana saya sebagai CEO tapi masih lagi buat semua benda tapi sebab saya minat saya okay je buat semua tu,” jelasnya.

 

Fatin Nurain