[VIDEO] Hafiz Mahamad ‘Sponsor’ Tiket Bas Balik Raya – “Harap Awak Happy Dengan Usaha Kecil Ini”

Usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad menawarkan bas percuma kepada mereka yang ingin balik kampung sempena perayaan Aidilfitri kelak.

Hafiz dalam satu hantaran di Instagram (IG) memaklumkan, pihaknya telah menyewa 10 buah bas kepada sesiapa yang mempunyai masalah kewangan untuk pulang berhari raya.

“Saya faham, ada ramai sahabat yang kewangan dia tak mengizinkan. Izinkan saya cuba bantu apa yang boleh tau.

“Tahun lepas 10 bas kita sponsor. InsyaAllah untuk tahun ni, kita sponsor 10 bas juga untuk awak balik raya tau.

“Harap awak happy dengan usaha kecil ini, dapat membantu ramai sahabat yang memerlukan. Jangan cancel last minit & book main main. Kesian saya nanti hehe. Baik kita bg peluang dekat sahabat yang memerlukan,” tulisnya dalam sebuah hantaran video.

Inisiatif tersebut bukanlah kali pertama dilakukan oleh pengasas perniagaan kecantikan tersebut, kerana pada tahun-tahun sebelum ini juga Hafiz telah membantu ramai orang untuk pulang berhari raya.

Khairil Khusyairi