Hiburan By: Khairil Khusyairi March 20, 2024 @ 4:35pm

[VIDEO] Hafiz Mahamad ‘Sponsor’ Tiket Bas Balik Raya – “Harap Awak Happy Dengan Usaha Kecil Ini”

Usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad menawarkan bas percuma kepada mereka yang ingin balik kampung sempena perayaan Aidilfitri kelak.

Hafiz dalam satu hantaran di Instagram (IG) memaklumkan, pihaknya telah menyewa 10 buah bas kepada sesiapa yang mempunyai masalah kewangan untuk pulang berhari raya.

“Saya faham, ada ramai sahabat yang kewangan dia tak mengizinkan. Izinkan saya cuba bantu apa yang boleh tau.

“Tahun lepas 10 bas kita sponsor. InsyaAllah untuk tahun ni, kita sponsor 10 bas juga untuk awak balik raya tau.

“Harap awak happy dengan usaha kecil ini, dapat membantu ramai sahabat yang memerlukan. Jangan cancel last minit & book main main. Kesian saya nanti hehe. Baik kita bg peluang dekat sahabat yang memerlukan,” tulisnya dalam sebuah hantaran video.

Inisiatif tersebut bukanlah kali pertama dilakukan oleh pengasas perniagaan kecantikan tersebut, kerana pada tahun-tahun sebelum ini juga Hafiz telah membantu ramai orang untuk pulang berhari raya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Oct 2018

“It Would Be an Honour to Represent Malaysia on the World Stage…”

Fireman and triathlon athlete Mohd Amran dreams of qualifying for the IRONMAN World Championship in Kona, Hawaii, USA.

Featured Tue, 5 Oct 2021

Didakwa 4 Tahun Bergelumang Sindiket Dadah, Shah Rukh Khan Sanggup Upah Peguam Paling Mahal Bela Anak

Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dilaporkan menggunakan khidmat seorang peguam termahal di Bollywood iaitu Satish Maneshinde bagi membela kes penyeludupan dadah melibatkan anak lelakinya, Aryan Khan. Semalam, media tempatan melaporkan Aryan dihadapkan ke sebuah […]

Trending Mon, 15 Jun 2020
Hiburan Sat, 19 Oct 2019

李佩玲与玛莎携手开唱!1231多元种族跨年盛宴

红遍海内外的两名19岁大马巨肺型歌手李佩玲和玛莎将于12月31日,以其天籁高音唱响云顶云星剧场,与国人倒数迎接全新的2020年!

Kisah Viral Sat, 24 Dec 2022

Tampil Gandingan Hariz Fayahet & Bunga, ‘Kita Juara’ Menyambut Industri Sukan Malaysia

Dua suara berbeza genre, Hariz Fayahet & Bunga kini mempersembahkan single terbaharu yang menyuntik semangat orang ramai, Kita Juara! Lagu ini adalah bersempena dengan Anugerah Ikon Sukan Harian Metro yang akan disiarkan secara langsung di […]

Hiburan Sun, 18 Aug 2019