Kisah Viral By: Dharnieya Nur Amelsa December 24, 2022 @ 3:57pm

Tampil Gandingan Hariz Fayahet & Bunga, ‘Kita Juara’ Menyambut Industri Sukan Malaysia

Dua suara berbeza genre, Hariz Fayahet & Bunga kini mempersembahkan single terbaharu yang menyuntik semangat orang ramai, Kita Juara! Lagu ini adalah bersempena dengan Anugerah Ikon Sukan Harian Metro yang akan disiarkan secara langsung di TV9 pada hari Ahad, 8 Januari 2023 jam 8.30 malam.

Lagu Kita Juara ini merupakan hasil ciptaan Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh, usahasama Alternate Records Sdn Bhd dan CH-9 Sdn Bhd ini boleh didengar di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talents bermula 23 Disember 2022, pukul 9 malam.

Penyanyi rap dan finalis Anugerah Juara Lagu ke-36, Bunga Isme atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini berasa bersyukur kerana dapat berkolaborasi dengan penyanyi pop bersuara merdu Hariz Fayahet.

Menurut Bunga, “Ini kali pertama saya berduet dengan Hariz Fayahet dan saya sangat teruja kami dapat peluang membawakan lagu yang berunsur semangat kesukanan ini. Selain senang berduet bersama, saya harap lagu ini dapat menyuntik rasa bangga akan industri sukan tanah air kepada para pendengar. Teruskan menyokong atlet-atlet negara yang terus berjuang untuk mengharumkan nama tanah air dan nantikan lagu duet terbaharu kami!”

Menurut Hariz Fayahet, lagu Kita Juara ini memberinya semangat untuk terus bekerja dengan lebih keras. “Harapan saya adalah untuk lagu ini menjadi inspirasi bagi para pendengar untuk terus berusaha dengan lebih keras dalam kehidupan harian kita. Setiap orang mempunyai potensi untuk menyumbang dalam mencapai impian masing-masing. Apa yang penting adalah bagaimana kita gunakan semangat tersebut untuk terus maju kehadapan.

“Saya berharap lagu ini dapat menyuntik semangat tersebut, dan turut mendorong pendengar untuk rasa bangga akan industri muzik dan sukan tanah air. Saya harap para pendengar dapat terima lagu ini dan terus memberi sokongan kepada karier muzik saya di masa hadapan.”

Di usia 28 tahun ini, Hariz Fayahet telah mencapai beberapa kejayaan dalam bidang muzik. Antaranya berjaya menjadi Naib Juara Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) dan kejayaan paling besar adalah menjadi penyanyi OST bagi drama terbitan TV3, Sekali Lagi Cinta Kembali berjudul Ku Cuba yang telah mencapai 100 juta tontonan di TikTok sehingga kini.

Buat julung kalinya, Anugerah Ikon Sukan diadakan bagi memberi fokus kepada industri sukan tanah air, sekaligus mengiktiraf sumbangan atlet-atlet yang mengharumkan nama negara.

Inisiatif meraikan ikon-ikon sukan oleh Harian Metro ini akan berlangsung pada 8 Januari 2023 dan disiarkan secara langsung di TV9 pada pukul 8.30 malam, sementara 7.50 malam untuk acara karpet merah. Malam anugerah ini juga boleh di strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 22 Nov 2018

Jangan Main-Main, Kenali Simptom Denggi Lebih Awal!

Lebih baik mencegah dari merawat dimana secara tidak langsung dapat memberi kita membuat keputusan dengan pantas dengan terus ke hospital untuk mengambil rawatan

Trending Thu, 26 Nov 2020
Events Fri, 10 Aug 2018

#daiTV3 : Dai’ Manakah Yang Bakal Mencuri Perhatian Juri Pada Minggu Ini?

Jangan lupa saksikan #daiTV3 malam ini, tepat jam 9 malam hanya di TV3!

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Serina Bakal Berdepan Hukuman Penjara?

Serina telah melanggar perintah persetujuan apabila membenarkan anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh, 7 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6 tahun bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertuanya itu pada 3 Disember lalu.

Featured Sat, 24 Sep 2022

Selepas Dibayar Ribuan Ringgit Untuk ‘Paid Review’, Selebriti Popular Didakwa Mungkir Janji!?

Alamak! Siapa pulak ni? Tapi, dengar kata selebriti tu selalu buka slot ‘paid review’ dekat IG 🤨

#tilljannah Wed, 7 Dec 2022

Sweet! Netizen Puji Cara Eboy Arbaain Jawab Soalan Asyallie Ahmad -“Suka Tengok Cara Suami Dia Bercakap…”

Baru-baru ini pempengaruh, Asyallie Ahmad atau lebih dikenali sebagai Asya memuat naik sebuah perkongsian di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Asya sedang meluahkan perasaannya kepada suaminya iaitu Eboy Arbaain yang

Trending Tue, 28 Dec 2021

Noki & MK K-Clique Rebut Cinta Gadis Bernama Mira… Apa Cerita Ni?

Anggota rap kumpulan K-Clique, Noki dan MK kini dalam persaingan untuk merebut hati seorang gadis bernama Mira. Ha, jangan terkejut kerana itu hanyalah jalan cerita naskhah yang dibintangi oleh mereka bersama Elisya Sandha dalam drama

Events Mon, 6 May 2019

New Science & Space Programme at KidZania KL Brings Forth More Educational Fun

The Science & Space programme is specially designed to arouse and engage the curiosity of young and inquisitive minds through interactive activities and experiments.

| Live TV