Kisah Viral By: Fatin Nurain August 7, 2022 @ 10:19am

Aktivis Perubatan & Netizen Berang Lelaki Suap Vape Pada Bayi!

Aktivis perubatan  Dr Megat Mohammad Amirul Amzar, dan netizen berang selepas sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki ‘menyuapkan’ rokok elektronik vape ke mulut seorang bayi tular di media sosial, baru-baru ini.

Kebanyakkan orang awam berasa kurang senang dan mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki itu bersama pihak lain yang sama terbabit.

Menerusi video berdurasi berdurasi 16 saat itu, lelaki berkenaan bertindak memasukkan muncung vape ke mulut bayi yang berada di atas pangkuannya sambil dirakamkan oleh seorang wanita yang mentertawakan tindakan tersebut.

“Pecah rekod ah Abi.. pecah rekod nanti, nanti you sedut,” katanya.

Menurut Dr. Amirul, yang juga EXCO Perancangan Strategik Kempen Vaksinasi Medical Mythbusters Malaysia (M3),  perbuatan itu jelas membuktikan yang negara sememangnya memerlukan satu dasar lengkap bagi memastikan generasi muda bebas daripada bahaya rokok dan produk tembakau lain.

“Memang ada sebab kenapa ada undang-undang. Sebab, di dunia ini bukan semua manusia bijak. Bukan semua manusia ada prinsip moral yang betul dan bukan semua manusia dapat peluang belajar benda betul.

“Tular satu video seorang lelaki, yang bergelar abi, saya kira ayah, suapkan vape kepada bayinya. Yang rakam, mungkin ibu. Industri vape sepatutnya tidak dibenarkan bertapak di dunia ni. Dilarang terus bagi mengelakkan perkara macam ini berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr. Amirul turut meluahkan rasa kesal apabila ada sesetengah pihak yang tidak menyokong Dasar Generasi Penamat (GEG) yang diperjuangkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), baru-baru ini.

Sementara itu, menerusi ciapan di Twitter, lelaki yang tular itu tampil memperkenalkan dirinya sebagai Haikal, mendakwa rokok elektronik itu tidak berfungsi dan mengakui bayi itu bukan anaknya.

“Salah saya, salah kami, dan saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafkan kepada semua yang sama ada notice atau tak statements ni,lepastu yang bagi statement saya bapak kepada budak tersebut itu salah, saya bukan bapak dia,” katanya

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, telah membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Dewan Rakyat dan akan dijadual dibentangkan lagi minggu ini bagi menyelesaikan isu ketagihan produk nikotin itu, pada 27 Julai lalu.

Antaranya RUU itu memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 1 Januari 2007 atau generasi penamat (GEG) dan seterusnya, merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti.

Minggu lalu, Dewan Rakyat bersetuju RUU tersebut, dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan sebelum dikuatkuasakan.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Dia Fadila Terima Ijazah Sarjana Muda Muzik

Empat tahun berhempas-pulas bergelar pelajar, isteri dan ibu, akhirnya segala pengorbanan Dia membuahkan hasil. Alhamdulillah & tahniah Dia Fadila!

Featured Thu, 2 Mar 2023
Trending Tue, 30 Jan 2024

Fathia Latiff Dedah Punca Dendam Dengan Zahirah Macwilson & Aiman Hakim?

Allahu kalau kena kat diri sendiri pun sedih diperlakukan macam tu..

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Jangan Buat Fitnah, Zain Dan Che Ta Okay Je!

Haaa… dengar tu netizen jangan main tuduh-tuduh tau, tak baik!

familuv Sun, 12 Jun 2022

“Papa Tak Menangis, Tapi Ngilu…” – Putera Sulung Selamat Disunatkan, Mira Filzah Menangis

Alhamdullilah, putera sulung kepada Mira Filzah dan Wan Emir sudah selamat disunatkan.

Trending Sun, 18 Nov 2018

连续撕365天成最美纸雕日历!

新的一年就快到了,文具控们准备好入手新年历、日历了吗?想要来个与以往都不同的选择,那建议可以好好考虑这本「最美纸雕月历」,每撕一张都会出现日本各地美景。