Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin February 11, 2022 @ 2:59pm

“Saya Yakin Saya Boleh Menyanyi” – Muncul Dengan Single Gatal, Janna Nick Sedia Terima Kecaman

Sering dilanda kontroversi melibatkan nyanyian dan imejnya yang seksi, pelakon, penyanyi, pengarah dan penerbit, Janna Nick mengakui sudah bersedia dengan apa juga kecaman yang dilontarkan kepadanya.

Janna Nick atau nama penuhnya, Nurul Jannah Munir, 27, kini sudah bersedia dengan apa juga kritikan termasuklah menerusi single terbaharunya berjudul, Gatal.

Menurutnya, kemunculan single Gatal ini antara sebab lain yang beliau kini lebih bersedia dengan kecaman dan kritikan peminat di luar sana.

“Saya yakin saya boleh menyanyi. Cumanya saya perlukan latihan yang banyak dan kurangkan nervous di khalayak ramai.

“Bila kita buat tu maknanya kita sudah bersedia menerima kritikan. Kalau tak, takkan buat. 

“Sebenarnya saya selalu memilih lagu yang save untuk vokal saya. Tapi mesti ada elemen yang strong dan kena ada makna kenapa orang nak dengar,

“Dan, saya rasa mereka layak untuk kritik kalau saya buat salah, kalau benda tu sempurna orang akan puji,” katanya.

Selain itu, bekas pengacara Melodi ini juga memaklumkan imej seksi yang dibawakannya adalah sesuai dengan konsep lagu ciptaan Aepul Roza ini sekaligus berharap agar peminat dapat melihat dirinya dari sisi yang berbeza.

“Saya harap orang melihat sisi Janna Nick yang lain. Di mana, mereka lebih enjoy dengan lagu tersebut tanpa merasakan saya adalah penyanyi tersebut. 

“Kenapa saya memilih look sebegini? Ia sebab lagu ini sendiri,” jelasnya.

Tidak mengharapkan pujian dengan apa yang dilakukannya, Janna akui lebih selesa jika teguran dan kritikan yang ditujukan kepadanya itu adalah teguran yang membina beserta bahasa yang lebih baik dan sopan.

“Bila buat sesuatu tu saya memang tidak mengahrapkan pujian semata-mata. Saya mengharapkan teguran-teguran yang membina dengan bahasa yang lebih sopan dan beradab.

“So, of course segala teguran itu akan saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya kepada Xtra.

Janna Nick ditemui ketika sidang media Pelancaran Single dan Muzik Video terbaharunya berjudul Gatal di The Bee, Publika, Kuala Lumpur.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Dec 2022

Gelagat Ummi Nazeera Di Karpet Merah Curi Tumpuan Netizen – “Terpeleot Pun Comel Dia Ni!”

Gelagat pelakon Ummi Nazeera di karpet merah Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka minggu lalu mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran di akaun TikTok, Ummi yang berjalan di karpet merah sambil berpegangan […]

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

SALAH KE CHE TA PEGANG MIC?

Saya betul- betul nervous bila fikir nak menyanyi

LIFESTYLE Wed, 12 Dec 2018
Hiburan Fri, 27 Sep 2024

Bersalah Lakukan Amang S*ksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki, PU Azman Dipenjara 24 Tahun & Dua Sebatan

Mahkamah turut memerintahkan PU Azman menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan

Featured Wed, 28 Sep 2022
error: Content is protected !!