Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd October 5, 2021 @ 6:16pm

Didakwa 4 Tahun Bergelumang Sindiket Dadah, Shah Rukh Khan Sanggup Upah Peguam Paling Mahal Bela Anak

Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dilaporkan menggunakan khidmat seorang peguam termahal di Bollywood iaitu Satish Maneshinde bagi membela kes penyeludupan dadah melibatkan anak lelakinya, Aryan Khan.

Semalam, media tempatan melaporkan Aryan dihadapkan ke sebuah mahkamah dan ditahan reman atas tuduhan pengambilan dadah. Aryan turut ditahan bersama dua lagi rakannya,pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Perintah reman itu dikeluarkan hakim Mahkamah Mumbai pada Isnin selepas pendakwa raya, Anil Singh, memohon agar ketiga-tiga individu itu diletakkan di bawah pengawasan sehingga 11 Oktober, lapor Live Mint.

“Ketiga-tiga tertuduh perlu diletakkan di bawah pengawasan bagi membantu siasatan penglibatan mereka dalam sindiket dadah,” kata Anil.

Menurut laporan, Aryan bersama rakan-rakan sebenarnya sudah bergelumang dengan sindiket dadah antarabangsa selama empat tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Mar 2025

[VIDEO] Kenyataan Suami Baru Bonda Rozita Tentang Viral Raih Tumpuan – “Seronoklah, Orang Tahu Siapa Saya”

Bonda Rozita tanya suami baru mengenai kisah rumah tangga mereka jadi viral

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

#tontonKOPI : Hafreez Adam Tak Mahu Terlepas Lagi

Cabarannya, watak saya lelaki yang sudah memiliki isteri dan kekayaan yang saya ada pun hasil wang isteri. Di situlah konflik bermula apabila saya menambat hati Raisha menggunakan aset milik si isteri,

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
LIFESTYLE Sat, 9 Nov 2019

Nah, Ini Dia Petanda Korang Bukanlah Pendengar Yang Baik!

Jangan lupa mesti sentiasa alert okay!

Featured Sat, 10 Sep 2022
error: Content is protected !!