Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 14, 2025 @ 2:57pm

[VIDEO] Kenyataan Suami Baru Bonda Rozita Tentang Viral Raih Tumpuan – “Seronoklah, Orang Tahu Siapa Saya”

Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim, sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi sebuah video di Instagram Story (IGs) miliknya.

Dalam video tersebut, Bonda Rozita bertanya kepada suami barunya, yang juga abang kepada pelakon Rebecca Nur Al Islam, mengenai pandangannya terhadap tularnya kisah mereka di media sosial.

“Apa pendapat awak tentang viral,” soalnya.

Walaupun wajah suaminya tidak dipaparkan, lelaki tersebut dengan nada ceria menyatakan bahawa dia gembira kisah mereka mendapat perhatian ramai.

“Seronoklah viral. Orang akan kenal saya, iaitu suami kepada seorang wanita dan usahawan yang terkenal,” katanya.

Meskipun video tersebut telah dipadam daripada IGs Bonda Rozita, ia kembali tular di platform TikTok selepas dimuat naik oleh seorang individu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan pelbagai pendapat, malah ada yang mengkritik ibu kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa berperwatakan ‘menggeletis’.

Selain itu, segelintir netizen juga beranggapan bahawa suami baharunya merupakan seorang ‘sweet talker’, yang mungkin menyebabkan usahawan itu mudah terpikat.

 

Bagaimanapun, ruangan komen di video tersebut telah ditutup.

@kay_officialpage1

#viraltiktok #bondarozitaibrahim

♬ original sound – kay_officialpage1 – kay_officialpage1

Kisah mengenai perkahwinan baru Bonda Rozita menjadi perbualan hangat di media sosial selepas usahawan itu membuat siaran langsung di IG miliknya memperlihatkan sosok seorang jejak disampingnya.

Walaupun Bonda Rozita masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, anak perempuannya, Nur Ain Sufiyah, telah mengesahkan bahawa ibunya kini sah bergelar isteri kepada lelaki berkenaan mengikut syariat Islam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Bertuahnya Mawar Rashid!

Untung Mawar, Selain cantik beliau juga bertuah kerana dapat memiliki suami yang romantik seperti Raff. Betul tak?

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Gitaris Aji, Meninggal Dunia Sehari Selepas Sambut HariJadi Ke-50

Selepas arwah Kelly, kini industri muzik kehilangan Aji pula.

Hiburan Mon, 22 Apr 2024
Trending Tue, 26 Feb 2019

Misteri Istana Woodneuk terungkai, bernilai RM14 bilion, tetapi dibiarkan usang

TMJ miliki istana di Singapura yang dijadikan inspirasi untuk filem Crazy Rich Asians

Featured Fri, 24 Jun 2022

“Bukan Nak Sorok Tapi…” – Neelofa Minta Beri Masa Untuk Kongsi Wajah Bilal

Setiap ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anaknya 😘 Tapi, min pun tak sabar nak tengok Bilal 😍

Featured Wed, 8 Mar 2023

[VIDEO] “Muncul Pelangi Selepas Hujan” – Bella Astilah Titip Pesanan Buat Nurul Shuhada… Ramai Luah Rasa Sebak!

Allahuakbar.. Sebaknya min tengok Bella dengan Shuhada 😢😢😢 Wanita wanita yang sangat kuat ni ❤️

Featured Fri, 6 Feb 2026
error: Content is protected !!