Categories: #ThrowbackXTRA

#ThrowbackXTRA: Ryun Ryry Tak Pernah Lupa Pengalaman Bekerja Di Usia Muda

Sejak kebelakangan ini, nama dan bakat pelakon Ryun Ryry semakin dikenali ramai selepas membintangi watak Maya menerusi drama Hati Tercarik Luka.

Siapa sangka, pelakon kanak-kanak yang dulu pernah membintangi beberapa drama kini telah berjaya membawa watak besar di usia 22 tahun.

Menerusi segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, Ryun atau nama sebenarnya Syamiem Elnisa Husni bakal berkongsi pengalaman yang pernah dilaluinya sepanjang bergelar anak seni.

Menurut Ryun, kerjaya seninya bermula seawal 2 tahun menerusi beberapa buah iklan dan aktif berlakon pada usia 9 tahun.

Namun, Ryun menganggap permulaan kerjayanya diusia yang muda itu adalah momen yang tidak pernah dilupakan kerana berbeza dengan kanak-kanak lain.

“Momen yang saya tak pernah lupakan ialah berkerja dia awal usia yang sangat muda. Saya boleh katakan yang childhood saya tak macam childhood orang lain, di mana saya kena seimbangkan pelajaran dan career saya.

“Bila masa kanak kanak yang seusia dengan saya pada masa itu tengah bermain, saya di depan camera,” katanya.

Selain mempunyai rupa paras yang cantik, Ryun turut memilik nama panggilan yang sangat unik bahkan ada juga yang keliru dengan cara sebutannya.

Ryun berkata, namanya itu merupakan panggilannya sejak kecil yang digunakan dalam kalangan rakan-rakannya.

“Actually it’s just Ryun. Ryry tu short for Ryun. Orang tersilap letak Ryun Ryry. Panggilan dari kecik lagi dengan kawan-kawan saya,” jelasnya.

Ditanyakan tentang cita-cita sebenarnya sekiranya tidak bergelar seorang pelakon, Ryun menyatakan dia mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang Psikologi.

“Saya minat Psychology. So anything yang berkaitan dengan Psychology or even Criminology saya suka,” katanya.

 

Fatin Nurain