Categories: SelebritiTrending

Kongsi Foto Mata Bengkak Menangis, Khai Bahar Tak Boleh Tidur Rindu Arwah Ibu – “Herol Janji Herol Cuba Kuat”

Penyanyi Khai Bahar berkongsi bahawa dia mengalami kesukaran untuk tidur sejak kehilangan Allahyarham ibunya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Stories (IGS), Khai meluahkan rasa sedihnya apabila hilang tempat mengadu dan merindui arwah ibunya.

“Tak boleh tidur 😭.. rindu mak.

“Dah berapa hari tak boleh tidur.. doakan Khai kuat 😭 selalu kalau apa-apa mak tempat Khai mengadu. Sekarang dah tak ada sapa ni mengadu,” tulisnya.

Pada hantaran lain, Khai juga meminta orang ramai untuk mendoakan dirinya agar terus tabah dan mendoakan arwah ibunya tenang di alam sana.

“Mak, herol (Khai) janji herol cuba kuat, herol cuma rindu mak ja, ramai doakan mak sekarang, mak tenang tenang kat sana tau, sayang mak ❤️🫶🏼,” katanya lagi.

Terdahulu, arwah ibu Khai iaitu Rosnah Mohd telah kembali ke rahmatullah ketika tidur pada usia 62 tahun di Kangar, Perlis pada 2 Januari lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khai Bahar Perjelas Klip Tutup Telinga Tular, Tetap Kotakan Janji Buat Persembahan Selepas 3 Hari Ibu Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Sambut Tahun Baru Dengan Geng Homoseksual, Khai Bahar Luah Rasa Terkilan – “Jangan Sampai Menfitnah!”

Artikel Berkaitan: Khai Bahar Kongsi Voice Note Arwah Ibu Menyanyi Luah Rasa Rindu Pada Anak & Cucu – “Bukan Tak Terima Kenyataan…”

Artikel Berkaitan: “Fikiran Saya Kosong” – Selamat Dikebumikan, Khai Bahar Masih Terkejut Ibu Dah Tiada… Terkilan Tak Dapat Tatap Wajah Kali Terakhir

Atiqah Johari