[VIDEO] Tular Individu Mirip Alif Satar, Netizen Seloroh Minta Kumpulkan Semua ‘Kembar Alif Satar’

Tular di media sosial baru-baru ini seorang individu dikatakan mempunyai wajah yang mirip dengan aktor versatil, Alif Satar.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki.

Apa yang menarik perhatian adalah, wajah lelaki tersebut sungguh mirip dengan Alif Satar.

“Alif Satar versi pemain ragbi,” tulisnya.

Ternyata, perkongsian video tersebut menjadi tular apabila rata-rata warganet menyatakan individu tersebut mirip Alif Satar.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Terdahulu, turut tular di media sosial apabila seorang wanita dikatakan mempunyai mirip wajah yang sama dengan pelantun lagu Sesungguhnya Aku itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Akhirnya Alif Satar Jumpa Kembar Seirasnya, Netizen Komen: “Ini Baru Betul Barang Order Barang Sampai”

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar Terharu 3,000 Jemaah Sertai #GengSubuhMacamJumaat, Siap Buat Larian… Menteri Pun ‘Join’ & Puji 

Khairil Khusyairi