Comelnya! Gelagat Ayash Affan Kacau Shuib Solat Undang Dekah – “Jenuh Mummy Tahan Gelak”

Anak kepada pelawak Shuib, Ayash Affan tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya mengacau bapanya itu sedang solat.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Watie Hanifiah menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Lebih mencuit hati, si kecil itu turut mengikut perbuatan Shuib ketika menunaikan solat.

“10 kali mummy alih, tetap dia nak duduk depan daddy. Jenuh mummy dok tahan gelak,” tulisnya.

Terhibur dengan telatah si cilik itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang mengagumi sikap penyayang Watie dan Shuib terhadap anak-anak mereka.

Fatin Nurain