Azhar Sulaiman Luah Rasa Rindu Pada Leona, Guna Lagu Parodi Curi Perhatian Netizen! – “Baru Nak Sedih Lepas Tu Ngekek”

Pelakon Azhar Sulaiman meluahkan rasa rindu kepada anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang kini sedang berada di luar negara bagi melanjutkan pelajaran.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Azhar memuat naik video Leona sedang mengemas bilik dan memasak.

Di ruangan kapsyen video tersebut, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini meluahkan rasa rindu dan berharap agar Leona dapat pulang ke Malaysia sempena menyambut bulan Ramadan nanti.

“Leona, Daddy miss you. Come home for Ramadhan okay. More bazaar Ramadhan to explore,” ujarnya.

@theazharsulaimanLeona Daddy Miss You….. Come Home for Ramadhan Ok….. More Bazaar Ramadhan To Explorizationsss…..

♬ original sound – AzharSulaiman

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata terharu melihat hubungan bapa dan anak ini dan pada masa sama geli hati dengan pemilihan lagu yang digunakan di video berkenaan.

Azhar menggunakan lagu parodi berjudul Malaikat yang penyanyi asalnya ialah Hazama.

“Kenapa lagu ni? Baru nak sedih pastu ngekek.

“You miss Leona tapi kena pakai lagu tu?

“Daddy masuk air,” komen netizen.

Pada bulan Ramadan tahun lalu, Leona sanggup pulang ke tanah air semata-mata untuk ke bazar Ramadan dengan menaiki motosikal bersama bapanya.

Sekadar info, pada tahun 2022, Leona telah terbang ke London, United Kingdom untuk melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti.

Untuk rekod, Azhar dan isteri, Chempaka Emalin Pahamin mempunyai dua anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora.

Maya Basir