Categories: SelebritiTrending

“Tolong Jangan Bandingkan Anakku Dengan Anak Orang Lain” – Ibu Qistina Raisah

Ibu kepada pelakon remaja Qistina Raisah iaitu Roszana Aminduddin memuat naik foto bersama anaknya beserta luahan panjang mencuri perhatian warganet.

Menerusi hantarannya itu, Roszana meminta warganet untuk tidak membandingkan anaknya itu dengan individu lain.

“Tolong jangan bandingkan anakku dengan anak orang lain. Tolong jangan katakan apapun tentang anakku yang kurang dimatamu.

“Jika kamu bilang peduli dan khawatir, sejatinya aku seorang ibu yang pertama kali peduli dan khawatir segala tentang anakku,” tulisnya.

Malah, ibu pelakon itu turut menyatakan orang luar tidak akan tahu pergorbanan dan perjuangan yang telah dilakukan untuk anaknya itu.

“Kamu juga tidak benar-benar tau apa yang telah aku perjuangkan untuk anakku. Aku ibu yang masih terus belajar yang terbaik untuk anakku.

“Aku tidak akan menyerah dan lelah untuk mengusahakan yang terbaik untuk anakku, jika itu kurang dimatamu maka itu bukan urusanku,” luahnya lagi.

Artikel Berkaitan: Muka Kena ‘Edit’ Buat Aksi Tidak Senonoh & Sering Terima Gangguan Seksual, Media Sosial Qistina Raisah Dipantau Ibu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gaya Rambut Terkini Qistina Raisah Jadi Perhatian, Tapi Lain Pula Netizen Perasan – “Aku Pula Yang Geram Tengok Potong Tak Selari”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Terpaling Dewasa… Kesian Tengok Dia Ni” – Netizen Tegur Qistina Raisah Promosi Produk Kesihatan

Atiqah Johari