Azri Iskandar Tepis Dakwaan Berbohong, Anak Jadi Saksi Sudah Jumpa Pengganti Dr Azra -“Apa Yang Saya Nampak Hubungan Kali Ni Lebih Serius”

Pelakon Azri Iskandar tampil memberikan respons susulan dakwaan yang mengatakan dirinya berbohong apabila memaklumkan kepada umum bahawa dia kini sudah menemui pengganti.

Memetik laporan mStar, Azri berkata anak sulungnya Azrell, 19, telahpun berjumpa secara empat mata dengan wanita terbabit.

Malah, berdasarkan perjumpaan itu dia dan adik-beradik yang lain merestui hubungan ayah mereka dek kerana hubungan kali ini dilihat lebih serius berbanding sebelum ini.

“Kami sekeluarga ada keluar makan bersama dan apa yang saya nampak hubungan kali ini lebih serius memandangkan ayah dan wanita itu kerap berjumpa.

“Bulan lepas ayah juga ada membawa kami untuk diperkenalkan dengan wanita itu,”katanya.

Selain itu, dia melihat teman wanita ayah mereka kali ini lebih ikhlas memandangkan dia bersedia menerima adik-beradiknya yang lain.

“Wanita itu nampak ikhlas mahu mengenali kami, macam perempuan lain hanya mahu ayah ataupun duda tetapi tidak anak-anak mereka.

“Saya lihat dia boleh menerima ayah jadi saya rasa dia m ungkin baik cuma saya tidak mahu terlalu rapat sehingga hubungan mereka benar-benar serius.

“Bercakap soal status saya mash tidak apa status hubungan mereka (ayah dan teman wanita) sama ada single atau sedang bercinta. Tapi apapun saya tidak kisah kalau dia sedang bercinta dengan mana-mana perempuan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Azrell mengakui dia kini bahagia melihat kehidupan ibunya yang juga pelakon versatile, Ellie Suriati sekaligus menganggap perpisahan yang berlaku sebagai takdir dan jalan terbaik buat ibu dan bapanya.

“Saya rasa apa yang jadi pada mereka adalah jalan terbaik dan seandainya ada jodoh mereka bersama kami adik-beradik semestinya gembira.

“Tapi buat masa ini saya melihat ibu saya gembira dan bahagia dengan kehidupannya. Dia seorang yang kuat dan tahu apa yang dia nak,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Hubungan Bersama Dr Azra Mula Renggang Selepas Lebih Setahun Tak Jumpa, Anak-Anak & Bekas Isteri Saran Azri Iskandar Cari Wanita Lain?

Salma Syahbuddin