Categories: SelebritiTrending

Muat Naik Foto Bersama Isteri, Farid Kamil Gembira Dapat Pakai Busana Pengantin – “Seronok Merasa Pakai Sekali Lagi”

Umum mengetahui pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle kembali rujuk semula selepas bercerai pada 10 Ogos lalu.

Terbaru, Farid memuat naik beberapa keping foto bersama isterinya yang sedang memperagakan busana pengantin daripada jenama tempatan menerusi Instagram Storiesnya (IGS).

Apa yang menarik perhatian warganet ialah kapsyen yang ditulisnya menyatakan rasa seronok dapat memakai baju pengantin sekali lagi.

“Seronok merasa pakai Baju Pengantin sekali lagi ni… ❤️,” tulisnya ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa gembira dengan penyatuan mereka semula.

Tidak kurang juga, ada warganet yang mengucapkan Selamat Penganti Baharu buat mereka.

Untuk rekod, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu namun mengambil keputusan untuk merujuk semula pada 31 Ogos lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8.

Artikel Berkaitan: Kembali Bersatu, Diana Danielle & Farid Kamil Kini Dalam Fasa Menyesuaikan Diri – “Kami Cuba Yang Terbaik Untuk Anak-Anak”

Artikel Berkaitan: Sweet! Muat Naik Foto Bersama, Ramai Terharu Lihat Diana Danielle, Farid Kamil – “Tears Of Happiness”

Artikel Berkaitan: “Farid Buat Keputusan Yang Bagus Untuk Masa Depan Anak-Anak” – Fadzil Zahari

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sweet! Farid Kamil Hantar Bunga Kepada Diana Danielle Di Set Penggambaran, Tak Tolak Rezeki Bersanding Semula

Atiqah Johari