“B*nuh Orang Tak Takut, Kena Kecam Kat Media Sosial Takut Pula!”- Amyra Rosli Tak Gentar Guna Hak Kebebasan Bersuara, Titip Doa Moga Zionis Dihapuskan!

Pengacara dan pelakon popular, Amyra Rosli antara selebriti yang sering berkongsi mengenai kesengsaraan penduduk Palestin menerusi media sosial miliknya.

Namun, pengacara Nona itu kelihatan kesal apabila hantarannya mengenai isu di negara bergolak itu dipadam oleh pihak Instagram dek kerana tidak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

“B*nuh orang tak takut, kena kecam dekat media sosial takut. Koyak la tu!,” katanya.

Tidak berdiam diri dengan tindakan pihak tersebut, isteri kepada pelakon Amar Baharin ini sempat menitipkan doa agar Allah membinasakan pemerintah Israel, Benjamin Netanyahu dan menghancurkan pasukan tentera zionis.

“Ya Allah. Binasakanlah Benjamin Netanyahu dan hancurkanlah tentera Zionis. Aamin,” tulisnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, pelakon dan pengacara, Catriona Ross antara yang terpalit dengan isu sama selepas hantarannya mengenai isu Palestin turut dipadam.

Sebelum ini, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan posting yang dibuat mengenai Palestin menerusi hantaran di media sosialnya juga sudah mula di ‘blocked’.

ARTIKEL BERKAITAN:Sering Kongsi Isu Palestin, Hantaran Di IG Siti Nurhaliza Sudah Mula Disekat!

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Terharu Elly Mazlein Derma RM10,000 Untuk Rakyat Palestin – “Moga Murah Rezeki Kak Iti Doakan”

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nurhaliza Giat Bantu Palestin – “Saya Tak Ada Niat Lain, Saya Hamba Allah Yang Ada Tanggungjawab”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Tiru Suara & Guna Video Untuk Jual Pakaian Dalam, Neelofa Label Scammer Sebagai Yahudi

ARTIKEL BERKAITAN:Lepas Cop Scammer Israel, Neelofa ‘Warning’ Pemilik Akaun! – “Nantikan Tindakan Seterusnya”

Salma Syahbuddin