Categories: Hiburan

Ngeri! Padah Nak Bergambar Dengan Ular Sawa, Lelaki Hampir Mati!

Tular di media sosial baru-baru ini seorang lelaki hampir mati dibelit seekor ular sawa ketika cuba merakam swafoto bersama reptilia itu.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kerala, India.

Lelaki bernama Chandran itu membawa ular tersebut ke sebuah stesen minyak dalam keadaan mabuk untuk merakam swafoto.

Lelaki mabuk berkenaan kemudiannya meletakkan ular di keliling lehernya untuk mengambil gambar. Tanpa disangka, lelaki itu rebah kerana ular sawa mula membelitnya.

Belitan ular menyebabkan lelaki itu menjadi lemah dan rasa sesak nafas.

Seorang pekerja stesen minyak berdekatan bergegas menyelamatkannya.

Ular itu kemudian menyusur pergi lalu hilang di bawah lori berhampiran.

“Saya tidak pernah berdepan dengan ular tetapi apabila melihat Chandran bergelut, saya terus mendapatkan guni dan berlari ke arahnya.

“Dia bergelut dengan begitu sukar. Saya terpaksa menarik ekor ular itu dan tidak lama kemudian, ia melonggarkan cengkamannya lalu menyusur pergi,” kata Abhishek.

Sumber : Kosmo

Syamir Shafie