“Fitnah Itu Lebih Berdosa Dari Membunuh” – Daiyan Trisha Kongsi Luahan Hati Di X, Netizen Mula Buat Spekulasi

Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha membuat luahan hati di platform media sosial X.

Menerusi perkongsian terbabit, Daiyan memohon agar semua pihak berhati-hati apabila berkata.

“Berhati-hatilah dalam berkata, kerana mulut badan binasa.

“Langsung bicara terus menuduh, fitnah itu lebih berdosa dari membunuh,” tulis Daiyan.

Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci konteks ciapan terbabit, rata-rata wargamaya mula membuat spekulasi sendiri.

Terdahulu, Daiyan tidak kisah sekiranya hubungan bersama jenama besar terjejas selepas tampil memberi sokongan penuh terhadap isu yang melanda Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri Sumbangan RM20,000, Daiyan Trisha Sokong Palestin Secara Terbuka.. Tak Kisah Jejaskan Hubungan Bersama Jenama Antarabangsa

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang Ingat Saya Membesar Dan Datang Dari Keluarga Kaya” – Daiyan Trisha

Khairil Khusyairi