Categories: SelebritiTrending

Dicop Terpaling Kerja Keras, ‘Mastura’ Siap Persoal Nafkah Yang Diterima Puteri Sarah – “Gilamu Makin Menyerlah Sis”

Pelakon dan usahawan cantik, Puteri Sarah Liyana sekali lagi dicuit oleh individu yang dikenali sebagai Mastura di Instagaramnya.

Menerusi hantaran Sarah, dia memuat naik fotonya beserta kapsyen mengenai kekuatan diri untuk terus berjaya.

Namun, muncul akaun Instagram yang bernama Mastura meninggalkan komen ‘bitter’ terhadap Sarah dengan menyatakan dia acah bekerja keras sedangkan telah mendapat nafkah ribuan ringgit.

“Dapat nafkah berbelas ribu pun konon konon terpaling work hard,” tulis individu itu.

Tidak berdiam diri, Sarah membalas komen individu itu dengan sindiran yang menyatakan kegilaan individu itu semakin terserlah beserta tanda pagar.

“Gilamu semakin menyerlah sis 😂 #tanjungrambutanmari,” bidasnya.

Sebelum ini, Sarah memaklumkan sering diganggu oleh individu bernama Mastura ini sejak Ogos lalu dan telah mengetahui siapa individu sebenar disebalik akaun palsu tersebut.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Diganggu Akaun Palsu Guna Nama ‘Mastura’ Sejak Ogos, Netizen Dapat ‘Track’ Lokasi Dari Alamat IP – “Sudahlah…Nampak Macam Meroyan”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Dedah Ada Individu ‘Stalk’ IG Andi Arsyil, Netizen Anggap Jiwa Tak Tenang – “Andi Pun Dia Nak Usha Ke?”

Artikel Berkaitan: “Suami Awak Voice Note Saya, Baik Check Call Log Dia,” – Puteri Sarah Usik Fake Akaun Dipercayai Milik Ira Kazar?

Artikel Berkaitan: “Dekat Mananya Aku Buat Fake Account?” – Hanya Ada Satu Telefon, Ira Kazar Nafi Miliki Akaun Palsu!

Atiqah Johari