‘Baby’ Nak Keluar Awal, Wawa Zainal Kini Selamat Timang Anak Keempat

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal sebelum ini dilaporkan terpaksa dikejarkan ke hospital akibat mengalami kontraksi dan dijadualkan bersalin lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

Perkara tersebut dikongsi Aeril Zafrel menerusi muat naik di Instagram miliknya beberapa jam yang lalu.

 

Menurut Aeril, isterinya itu dijadualkan akan bersalin dalam masa seminggu lagi namun, mengalami tanda-tanda akan bersalin lebih awal daripada tempoh yang diberikan doktor.

“Pagi ni tiba-tiba baby nak keluar. Awal seminggu dari tarikh yang diberi. Doakan semuanya selamat,” tulisnya.

Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini Aeril di laman Instastory miliknya, beliau dilihat memuat naik status seakan-akan memberi bayangan bahawa isterinya itu telah selamat melahirkan bayi mereka.

Namun, tidak mahu peminat berteka-teki mengenai status kelahiran bayi mereka, Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, berkongsi gambar di laman instagram miliknya memaklumkan beliau kini telah selamat melahirkan bayi keempat nya.

“Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2am menahan sakit .. tak sampai hati nak kejut Aeril.. tunggu la sampai 5am.. sampai hospital pun dah 9cm bukaan.

“Lain macam sakit dia walaupun anak keempat. Nama masih belum ada. Ada cadangan ke?” tulisnya.

Terdahulu, Aeril dan Wawa dilihat menghadiri majlis Meet and Greet bersama-sama ‘team’ wawa cosmetic pada Isnin.

Untuk rekod, pasangan pelakon sama cantik, sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan dengan tiga cahaya mata iaitu, Ahmad Fakharuddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Azkiyaa, 6 dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.

 

Salma Syahbuddin