Lelaki Maut, 5 Cedera Dirempuh Pemandu Mabuk

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk di persimpangan lampu isyarat Klebang, Melaka pada Isnin.

Perkongsian itu dimuat naik di laman Facebook oleh Siti Aisyah Mahmood yang menunjukkan beberapa gambar ketika kejadian.

Kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu adalah pekerja di sebuah restoran terkenal di Melaka dan seorang lelaki yang merupakan bapa kepada salah seorang pekerja kedai itu.

Menurut Aisyah, mangsa bernama Abdul Rahim disahkan meninggal dunia manakala pekerjanya yang lain patah kaki, sesak nafas dan mengalami kecederaan hati.

“Bapa kepada staf kami Mawar, telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mawar pula patah kaki dan adiknya cedera.

“Haikal pula hatinya luka dan sesak nafas. Amirul dan Afiq cedera. Mereka semua berada di hospital,” katanya.

Aisyah berkata, motosikal dan kereta pekerjanya remuk dan rosak akibat kemalangan itu.

“Semua pekerja saya, motorsikal mereka remuk dan rosak. Kereta mawar jangan cerita memang hancur.

“Ya Allah sedih sangat. Semua mereka adalah pekerja saya yang terbaik. Allahu. Besar sungguh dugaan,” ujar Aishah.

Aishah meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pemabuk kerana nyawa yang tidak bersalah dan berhati-hati di jalan raya yang melayang.

Kredit Foto: Siti Aisyah Mahmood

Marcella