“Bagus Suami Saya Apa-Apa Mesti Minta Izin Isteri Dulu” – Anzalna Nasir

Perkongsian pelakon jelita, Anzalna Nasir menarik perhatian yang bertanya kepada pengikutnya di Instagram sama ada mahu membenarkan suami tercintanya, Hanif Zaki untuk bermain golf.

Berdasarkan hantaran itu, Anzalna berkongsi semula muat naik Hanif di Instagram yang meminta izin isteri tercintanya itu untuk membenarkannya bermain golf seminggu sekali.

“Abang harap lesen abang golf satu minggu sekali tu lulus la ya. Korang tag la tolong tanyakan status,” usik suaminya.

Berdasarkan Instagram Anzalna, dia memuji suami tersayangnya itu kerana sering meminta izin isteri terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perkara.

“Bagus suami saya @hanif zaki nak buat apa saja mesti minta izin dari wife dulu. Thank you sayang,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi dorongan kepada Hanif agar isterinya itu akan memberi keizinan untuknya aktif bermain golf.

Aqilah Paharuzi