Luah Rasa Rindu, Ismail Izzani Tayang Teman Wanita?

Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani memuat naik foto bersama seseorang gadis yang dipercayai kekasihnya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Ismail meluahkan rasa rindu menerusi lagu Russ berjudul Missin You Crazy yang diiringi bersama foto tersebut.

Jika diamati bait-bait lirik lagu tersebut, ia seolah memberitahu gadis itu merupakan seseorang yang istimewa dalam hidupnya.

Di dalam gambar berkenaan, gadis yang menggayakan pakaian terdedah di bahagian belakang itu berada di sebuah konsert bersama dengannya.

Terdahulu, nama Ismail terpalit dengan dakwaan dia menghamilkan anak orang.

Namun, wanita tersebut tampil menafikan bahawa bukan pelantun lagu Sabar lelaki yang dimaksudkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Dakwa Sedang Mengandung Anak Artis, Nama Ismail Izzani Pula Terpalit

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Ismail Izzani Dituduh Hamilkan Seorang Wanita, Syarikat Pengurusan Mahu Saman Penyebar Fitnah

Jangan lupa saksikan drama bersiri lakonan Ismail, Bukan Hanya Sekadar Cinta yang turut menampilkan pelakon dari Singapura, Sofia Dendroff dan dibantu Muaz Zabir, Daniella Sya, Syamim Farid dan Liza Abdullah.

Drama 28 episod terbitan A Aida Production Sdn Bhd itu ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 petang, mulai 24 Mei lalu.

Maya Basir