Categories: HiburanTrending

Baiknya! Sambut Birthday Anak Tukang Masak, DSV Hadiahkan Kereta Mainan Besar

Usahawan Datuk Seri Vida atau DSV sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas melihat gelagatnya meraikan ulang tahun kelahiran anak tukang masaknya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh DSV menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam

Dalam perkongsian tersebut, DSV turut menghadiahkan sebuah kereta mainan besar kepada anak tukang masaknya yang baru berusia satu tahun itu.

“Birthday anak chef saya yang ke 1 Tahun. Kecik kecik (kecil-kecil) dah dapat kereta,” tulisnya.

Melihat kemesraannya menjaga kebajikan dan melayani kerenah anak-anak tukang masaknya, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Fatin Nurain