Bakal Dapat Baby Girl, Elisya Sandha Harap Dapat Bersalin Secara Normal – “Kalau Boleh Saya & Suami ‘Go With The Flow’…”

Pengarah dan pelakon popular, Sheila Rusly berkongsi momen manis sempena acara baby shower menantunya, pelakon Elisya Sandha menerusi kemas kini di Instagram miliknya.

Perkongsian yang kini telah ditonton lebih 20,000 sejak dimuat naik itu mendapat respon positif dalam kalangan rakan artis dan juga peminat.

 

Bagaimanapun, menurut Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Sandha, 23, sebagai ibu muda, apa yang perlu buatnya pada ketika ini adalah mempersiapkan diri dengan banyak membaca tentang ilmu keibubapaan.

Malah, dia memaklumkan mahu bersalin secara normal, namun ia terpulang pada keadaaan pada waktu itu.

“Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan kebimbangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami ‘go with flow’ saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang.

“Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak menjadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar,” 

“Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena menjalani proses pembedahan saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat,” katanya.

Untuk rekod, Elisya dan Uzair Haqimy selamat melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Salma Syahbuddin