Niezam Zaidi Tampil Jawab Desas-Desus Sedang Dilamun Cinta Dengan Farisha Iris – “Baru Berkawan, Belum Tahap…”

Pelakon Niezam Zaidi tampil menjawab desas-desus mengenai dirinya yang sedang dilamun cinta bersama penyanyi, Farisha Iris.

Memerik laporan Berita Harian, kehadiran Farisha menemani Niezam ketika majlis pratonton filem Rompak arahan Ghaz Abu Bakar di Dadi Cinema turut mencetuskan teka-teki status perhubungan mereka.

Menurut Niezam, dia dan penyanyi itu hanya berkawan dan mengakui Farisha antara kawan wanita yang rapat dengannya ketika ini.

“Ini semua hanyalah gosip. Netizen fikir kami sedang bercinta, sedangkan baru berkawan, belum tahap jalin hubungan serius. Spekulasi mula tersebar apabila saya memuat naik gambar Farisha dan mengucapkan ulang tahun kelahirannya.

“Netizen mula fikir bukan-bukan, anggap kami dilamun cinta. Namun, saya tak mampu menebaknya terlalu jauh kerana ia masih terlalu awal.

“Jadi, doa baik-baik sahaja. Saya tak nafikan, Farisha antara kawan wanita yang rapat dengan saya ketika ini,” kata Niezam.

Selain itu, Niezam turut menjelaskan kini dia lebih berhati-hati mahu menjalinkan hubungan kerana tidak mahu kesilapan lalu berulang lagi.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya. Lagipun, kerjaya seni saya sedang berkembang baik, ketika ini.

“Saya juga ada masa bersama keluarga dan terus mengukuhkan trek seni.

“Cuma, soal hati atau jodoh, saya tiada kuasa menentukannya. Bagi saya, kalau ada jodoh, tak ke mana,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Fatin Nurain