“Paling Ekstrem Ada Yang Sampai Hantar Gambar B*g*l…” – Noki K-Clique Sering Terima Mesej Lucah Dari Peminat

Penyanyi dari anggota kumpulan K-Clique, Noki mendedahkan dirinya sering menerima gangguan peminat pelbagai lapisan umur kerana selalu menunjukkan bentuk badannya dalam laman media sosial.

Menurut Noki atau nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji, dia mengakui mesej yang diterima berbaur lucah dan berkemungkinan disebabkan perbuatan sendiri yang suka ‘belanja’ sosok tubuh dalam media sosial.

“Jujur macam-macam mesej saya terima daripada makcik, perempuan, lelaki dan pelbagai orang.

“Paling ekstrem ada yang sampai hantar gambar bogel berulang kali dan ada yang ajak bermesra sampai ke katil.

“Tapi macam saya katakan, benda yang negatif dan buruk akan saya delete, mana yang baik saya akan layan dan balas.

“Lagipun saya rasa ini salah saya juga sebab selalu ‘belanja’ gambar badan. Insya-Allah lepas ini saya akan ubah perkara tersebut supaya tak berulang lagi kejadian sama.

Selain itu, Noki sedang berjinak-jinak dalam dunia lakonan yang memerlukannya untuk menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram demi menjayakan filem sulungnya, War On Terror.

Sumber: Kosmo

Maya Basir