Bakal Melahirkan Anak Kedua, Nadia Aqilah Masih Alami Morning Sickness – “Tak Dapat Kerja, Muntah Saya Tu…”

Pelakon Nadia Aqilah mendedahkan masih mengalami ‘morning sickness’ atau mabuk hamil setiap hari sehingga kini pada usia kandungan tujuh bulan.

Menurutnya, keadaan itu membuatkan dirinya tidak dapat bekerja kerana alami muntah yang teruk.

“Morning sickness setiap hari sampai sekarang, saya tak dapat bekerja tapi masa mengandung lima bulan, saya ada berlakon satu filem arahan kawan saya tapi lepas tu saya hanya jadi cameo sebab muntah saya tu annoying sangat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ketika mengandung anak yang pertama, dia turut mengalami simptom yang sama membuatkan dirinya sudah terbiasa dan redha dengan situasi tersebut.

“Saya muntah banyak even masa dengan anak yang pertama jadi saya dah redha.

“Simptom anak pertama dan kedua ni sama je sebenarnya cuma lain versi sikit, yang kali ni macam dah profesional, muntah-muntah boleh lagi touch-up lipstik,” jelasnya ketawa.

Untuk rekod, Nadia mendirikan rumah tangga bersama suami, Saiful Ridzuan Sharafuddin pada 21 April 2018 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Senja Aqila yang kini berusia empat tahun.

Perkembangan terkini, Nadia bakal menemui penonton di pawagam bermula 26 Januari 2023 melalui filem terbarunya, Eva dan turut bergandingan bersama Nadia Brian, Syamsul Danish, Hasnol Rahmat, Datuk Jalaluddin Hassan, Tony Eusoff, Azrel Ismail, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Maya Basir