Sweetnya…Wawa Zainal Hadiahkan Suami Kereta Mewah

Pelakon Wawa Zainal menghadiahkan sebuah kereta mewah Toyota Vellfire kepada suaminya, Aeril Zafrel. 

Pelakon berusia 27 tahun itu memberi kejutan kepada suami tersayang sebagai tanda membalas kejutan yang diberikan sebelum ini.

“ Balas jasa suami belikan I kereta hari tu. Alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki.

“ Tahun ni tahun yang sangat bermakna buat kami sikit impian Allah makbulkan. Benarlah kata orang rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat dan tak pernah salah alamat,” tulisnya di Instagram.

Sebelum ini Aeril pernah menghadiahkan Wawa sebuah Mercedes Benz C200 sebagai hadiah ulang tahun pada Mac lalu.

Tambah Wawa, Aeril sedikit sedih memandangkan suami sebenarnya mahukan kereta sport. 

“ Tahun depan ye sayang,” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5, serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.

Pasangan ini turut mengusahakan pelbagai cabang dalam perniagaan seperti kosmetik, pakaian, kanta lekap dan syarikat produksi, Respected Citizen.

SGMS Faida