Categories: HiburanSelebriti

‘Bantu Kami Istiqamah Ya Allah…’- Mila Jirin Sebak Bercakap Tentang Aurat

Penyanyi Mila Jirin yang baru pulang dari Tanah Suci Makkah baru-baru ini membuat perkongsian tentang aurat yang menarik perhatian ramai.

Menerusi Instagramnya, isteri kepada ahli perniagaan Isz Mustapha mengakui timbul rasa bersalah dalam diri tentang Istiqamah menutup aurat.

“ Hati seperti berbicara dengan diri sendiri. Kenapa waktu di Makkah Madinah, boleh menjaga AURAT sebaiknya…kenapa balik Malaysia masih berseluar Jeans..BERTUDUNG tetapi masih tak TUTUP AURAT dengan sempurna?”

“ Persoalan ini hari hari bermain di fikiran dan hati saya… BENAR…MALUnya pada ALLAH,” tulisnya.

Mila turut berdoa agar dirinya sentiasa istiqamah dan taat kepada perintah Allah untuk sentiasa menutup aurat.

“ Waktu mengejakan Umrah aurat ditutup sebaiknya…Saya secara automatik tau tentang pentingnya menutup aurat…tetapi bila pulang ke sini, back to normal dan mula lupa apa itu Aurat…. Allahuakbar!

“ Bimbinglah kami agar ISTIQAMAH & TAAT kepada mu ya ALLAH…Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah,” luahnya

SGMS Faida