Categories: HiburanTrending

“Banyak Saya Tak Ingat… Kayu Pun Kayulah” – Ara Johari Akui Sukar Untuk Menari Dalam…

“Sebenarnya, saya lupa banyak gerak tari ketika muzik video dirakamkan,” itu reaksi penyanyi Ara Johari ketika disoal mengenai muzik video single terbaharunya berjudul Sumpahan Salju.

Menampilkan sisi berbeza muzik Ara, gadis asal Negeri Sembilan ini mengakui terlupa banyak gerak tari kerika penggambaran Sumpahan Salju dijalankan.

“Saya bukan malu nak menari. Sebenarnya, saya diberikan masa selama dua hari sebelum hari penggambaran untuk menghafal ‘step’ tarian.

“Saya akui tarian itu banyak dan panjang dan saya mencuba sehabis baik. Tetapi bila tiba waktu penggambaran, pengarah cakap ‘action’ je, ‘step’ tarian saya semua ke laut!” jelas Ara sambil tertawa.

Ara ditemui di majlis pelancaran Baloy Wholesale Mart Bandar Melaka pada Sabtu.

Baloy Wholesale Mart secara rasminya dibuka di bandar Melaka dengan tawaran pelbagai barangan runcit harian dengan harga yang sangat rendah.

Selain Ara, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Wany Hasrita dan Issey Fazlisham.

Mengakui tidak pandai menari, sukar untuk Ara menggerakkan tubuhnya sambil ‘lip sync’ untuk penggambaran muzik video.

“Apa yang mereka masukkan dalam muzik video, itulah ‘step’ tarian yang saya hafal, yang lain semua saya tak ingat.

“Saya mencuba untuk menari tapi saya bukan penari jadi susah nak ingat gerak tari sambil kena ‘lip sync’ untuk muzik video pada masa yang sama. Jadi saya pose je, kayu pun kayulah,” selorohnya lagi.

Padin