Banyak Sangat Job Sampai Hilang Suara?

Pengacara terkenal Indonesia, Raffi Ahmad mengaku pita suaranya rosak akibat terlalu sibuk menerima banyak tawaran.

Menurut Raffi, benjolan yang ada pada lehernya amat berisiko dan dia dinasihatkan oleh doktor untuk berehat panjang.

“Benjolan di pita suara kerana memang ‘over used’,”kata Raffi kepada media tempatan Indonesia, Kompas.com.

Lelaki berusia 32 tahun itu turut mengaku benjolan itu sudah berada di lehernya selama dua tahun.

“Saya belum berkesempatan untuk periksa lebih lanjut. Kesan benjolan itu membuatkan suara bertambah serak dan menggangu kesihatan tenggorok.

Terdahulu, Raffi telah mengadu sakit leher kepada rakan selebriti, Vicky Prasetyo selepas pulang dari bercuti panjang.

Semoga cepat sembuh, Raffi Ahmad!

SGMS Faida