Bapa Mendiang Micheal Jackson Kini ‘Nazak’

Bapa mendiang Michael Jackson, Joe Jackson dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas jatuh sakit.

Menurut TMZ.com, sumber keluarga melaporkan, lelaki berusia 89 tahun itu bertarung dengan kanser tahap akhir.

Majalah Variety yang memetik sumber pula mengesahkan laporan berkenaan, manakala DailyMail.com, yang memetik ahli keluarga dan sumber lain yang tidak dinyatakan berkata, Jackson mengidap kanser pankreas tahap empat.

Sementara itu, Jermaine Jackson, iaitu salah seorang dari sembilan anaknya, dalam mesej di Twitter mengesahkan bahawa bapanya sedang sakit, tetapi menafikan laporan beliau sedang dalam keadaan nazak.

“Tahap kesihatan bapa saya memang tidak memuaskan, tetapi perkataan ‘nazak’ dilihat agak kasar dan ia dinyatakan oleh penulis dan bukan saya.

“Berapa lama lagi tempoh yang beliau masih ada, ibu, adik-beradik dan ahli keluarga saya mahu terus bersamanya, tanpa sebarang halangan,” kata Jermaine, kelmarin. – Reuters

SGMS Faida