Bapa mentua kepada penyanyi rap, MK K-Clique iaitu Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad dilaporkan meninggal dunia pada malam Ahad.

Berita itu dikongsi MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, isteri kedua kepada Allahyarham Sheikh Nordin yang juga seorang pelakon, Datin Noniswara Baharuddin  turut mengesahkan mengenai pemergian itu menerusi hantaran di platform sama.

Katanya, jenazah akan diuruskan di Masjid Mustaqim, Ampang  pada jam 8.30 pagi  dan kemudian akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Krau, Temerloh untuk dikebumikan.

Sekadar info,  Noniswara mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Sheikh Nordin pada 2015 yang lalu.

Salma Syahbuddin