“Saya Bukan Anak Kandung Dia”- Mimi Lana Jawab Tuduhan Anak Kepada Pengarah Din Glamour

Pelakon sensasi, Mimi Lana akhirnya tampil memberikan respons terhadap tuduhan yang mengatakan dirinya anak kepada pelakon dan pengarah, Din Glamour.

Menerusi perkongsian di platfrom X, Mimi memaklumkan, dia bukanlah anak kepada pelakon dan pengarah itu seperti yang didakwa.

Malah, dia berharap dan mendoakan agar pengarah itu dikurniakan kesihatan dan kesembuhan segera.

“Walaupun saya tiada pertalian darah dengan Abang Din tapi saya doakan Allah permudahkan segala urusan Abang Din.

”Semoga Abang Din diberikan kekuatan dan kesembuhan dan pulih seperti biasa. Mudah-mudahan, Inshaa-Allah. Aamiin,” katanya.

Terdahulu, pemilik nama penuh, Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, menyelar tindakan individu menerusi platform TikTok yang cuba mengaitkannya dengan cerita tidak benar, sekali gus mencetuskan kekeliruan ramai.

Manakala, pengurusnya, Iman Tang turut kesal dengan dakwaan tidak benar yang cuba disebarkan pihak tidak bertanggungjawab terhadap pelakon drama Masih Ada Rindu dan Hati Yang Tersakiti itu.

“Itu bukan bapa dia. Tak ada kena-mengena langsung dengan dia. Bapa orang itu (Mimi) lain. Takkan orang kata bapa dia Al Pacino kena percaya juga. Tak ada kena-mengena dengan dia pun.

“Siapa yang cakap itu, memang tak bijaklah. Takkanlah setiap nama orang yang disebutkan, kita senang saja nak percaya. Kenalah selidik betul-betul dulu,” jelasnya.

 

Sumber: Twitter, Harian Metro

 

Salma Syahbuddin