Berita duka buat penyanyi Siti Nordiana apabila bapanya, Alias Ahmad,68, dilaporkan meninggal dunia ketika sedang tidur pada jam 11 pagi tadi.

Perkara itu turut dikongsikan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana  menerusi hantaran di Instagram miliknya.

 

Menurut pengurusnya, Anas Othman, pihak keluarga pelantun lagu Memori Berkasih itu menyedari arwah menghembuskan nafasnya pada pagi Jumaat apabila tidak sedarkan diri dan pegawai kesihatan mengesahkan arwah meninggal dunia pada jam 11 pagi bersamaan 3 Muharram 1445 hijriah.

“Keluarga mula sedar Allahyarham tak sedarkan diri dari pukul 10 hingga 10.30 pagi .

“Bila telefon ambulans dan pegawai memkalumkan arwah meniggal dunia pada jam 11 pagi,” katanya.

Tambahnya, arwah tidak menunjukkan apa-apa simptom kecuali mempunyai penyakit termasuk kencing manis.

Namun, punca kematian sehingga kini masih belum dikenalpasti.

“Arwah memang tak ada mengadu apa-apa sakit dan punca kematian saya tak pasti. Cuma biasalah orang tua ada penyakit kencing manis dan darah tinggi,” jelasnya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disolatkan selepas solat Jumaat dan proses pengkebumian akan dijalankan selepas waktu solat Asar.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin