‘Bapak Kau Tak Marah Ke’, Amar Baharin Bengang Dengan Siapa Tu?

Gara- gara menerima sebuah mesej yang ‘menjengkelkan’, pelakon Amar Baharin menegur wanita ini di laman Twitter.

Mesej tersebut mempamerkan situasi di mana Amar digoda oleh individu yang menggunakan nama akaun Linda Lousers.

Menerusi perbualan berkenaan, wanita tersebut mempelawa Amar untuk datang ke Amerika Syarikat untuk melakukan perkara tidak senonoh.

Amar yang bengang dengan mesej berkenaan turut membalas komen dengan meminta alamat penuh rumah individu itu.

“Bagi alamat penuh kau. Aku datang sekarang. Bapak kau tak marah ke? Aku pun teringin nak pergi USA Amerika Syarikat.

Amar turut berpesan agar ibu-bapa memantau penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak terutama yang masih kecil.

” Dapat jemputan pergi U.S.A America Syarikat. Siapa nak ikut? Jom Waze boleh sampai tak?

” Haishhh sebab tu pentingnya mengawal penggunaan smartphone untuk anak-anak” ujarnya.

Korang jangan buat macam ni okay? 

SGMS Faida