Categories: HiburanTrending

Baru Berusia 2 Tahun, Anak Secara Tak Sengaja Post ‘Rahsia’ Mona Allen Di IG Story – “Nasib Sempat Delete”

Pelakon Mona Allen memaklumkan anaknya, Petra Pekin yang baru berusia dua tahun termuat naik satu hantaran di laman Instagram Story (IGs) tanpa pengetahuannya.

Pemilik nama sebenar Munna Hafiraneza Allen itu tidak menyangka anaknya akan berbuat demikian kerana usianya masih lagi kecil serta menganggap ia satu kesilapan.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram Story miliknya semalam.

Terkejut dengan tindakan anak sulungnya, pelakon drama Monalisa itu bagaimanapun telah memadam hantaran tersebut sebelum menimbulkan sebarang salah faham.

“Tetiba Petra pergi post kat story mummy dia sebab dia pegang telefon mummy dia. Relax semua it’s a small mistake, pandai pula Petra ni tekan,” tulisnya.

Mona menyifatkan hantaran yang berupa tangkap layar status rakannya itu sebagai sesuatu yang sulit dan privasi.

Mona sempat berseloroh dengan mengatakan dia tidak lagi membenarkan Petra untuk bermain telefonnya kerana mempunyai banyak rahsia.

“Bahaya…bahaya. Lepas ni Petra tak boleh pegang telefon mummy. Banyak rahsia dalam telefon ni anak oiii…Hahahaha,” katanya.

Bayangkan, jika perkara sama berulang, Mona tidak menolak kemungkinan gambar-gambar lain yang bersifat sulit berisiko tersebar.

Justeru, Mona mengambil pengajaran atas apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

Syamir Shafie