“Yang Kau Tengok Benda Tu Buat Apa!” – Baju Adira Suhaimi Cetus Kontroversi, Didakwa Nampak P*ting Payudara & Dilabel Persis Biarawati

Penyanyi Adira Suhaimi enggan mengambil pusing mengenai kecaman yang diterimanya susulan busana yang dipakai semasa membuat persembahan pada rancangan Famili Duo Musim Ketiga (FD3) yang berlangsung baru-baru ini.

Katanya, dia terbuka dengan segala kecaman dan pandangan netizen terhadap busana kelabu yang dipakainya itu, sekaligus menjelaskan bahawa material baju tersebut adalah dari fabrik polinyl cloride (PVC).

Selain itu, Adira menjelaskan apa yang dilihat oleh penonton adalah jahitan ‘dart’ pada pakaian tersebut dan bukannya bahagian puting payudara seperti yang didakwa.

“Yang kau tengok benda tu buat apa? Tengoklah benda lain. Tapi iyalah kan kita pun tak sempat nak bagitahu benda ni sebenarnya adalah jahitan ‘dart’ tapi nampak macam benda tu (puting payudara).

“Tapi benda dah post, dah habis dah pun… dan viral dah pun kita nak buat macam mana? Tapi saya nak jelaskan ini bukan seperti apa yang anda bayangkan ya!

“Ini jahitan dart dari baju yang materialnya pvc,” katanya kepada XTRA.

Perkara itu dikongsi Adira 😡ketika ditemui seusai konsert minggu kelima FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.

 

Dalam pada itu, ibu kepada empat cahaya mata ini turut berterima kasih dan secara terbuka menerima kritikan netizen yang sentiasa peka terhadap penampilannya.

“Saya terima semua kritikan (melabel bajunya sebagai biarawati) dan anggap itu semua perkara yang baik, kalau netizen tidak cakap begitu, saya sendiri tidak tahu dan sedar.

“Apapun saya berterima kasih kepada semua netizen kerana peka dan ambil berat tentang saya. Saya akui kekurangan saya. Saya rasa baju ni cantik  je.

“Inshaa-Allah minggu depan tidak ada siapa lagi boleh mempertikaikan penampilan saya. Saya akan tampil lebih vass dan buat netizen menangis,” jelasnya.

Terdahulu, mengangkat tema ‘Lagenda dan Idol’, pasangan adik beradik itu membawakan lagu Menaruh Harapan nyanyian asal Zaiton Sameon dan Jangan Kau Mimpi nyanyian arwah Siti Sarah.

Bagaimanapun, persembahan yang kurang memuaskan hati juri itu berjaya meletakkan mereka di tangga keempat carta minggu kelima konsert Famili Duo dengan jumlah markah sebanyak 54.8 peratus.

Jadi, jangan lupa untuk mengundi pasangan kegemaran anda di atas talian melalui Tonton kerana markah anda akan menentukan 30% markah keseluruhan.

Dan, hangatkan lagi perbualan di laman sosial anda dengan tanda pagar #familiduotv3.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

Salma Syahbuddin