Bawa Pelajar Tahfiz Menonton Wayang, Sakinah Dikecam Lagi!

Setelah dikecam netizen kerana membawa sekumpulan pelajar tahfiz menonton wayang pada Sabtu lalu, pelakon Sharifah Sakinah akhirnya memohon maaf dan memberi penjelasan.

“Pertama sekali, bukan niat saya untuk menyinggung hati sesiapa apabila membawa pelajar tahfiz menonton wayang,” luah Sakinah.

“Kalau tanya apa saya fikirkan ketika berbuat demikian, saya hanya nak menyokong industri filem tempatan, setakat beli sekeping dua tiket saja tidak membantu,” tulisnya di Instagram.

Disebabkan itu, dia mahu membeli lebih banyak tiket dan menarik lebih ramai orang menonton lantas terfikir untuk mengajak mereka untuk menontonnya.

“Saya minta maaf jika menyinggung sesiapa. Ia bermula dengan niat baik tapi bertukar hingga mencetuskan kontroversi.

Sakinah turut mendedahkan, dia sudah pun mendapatkan kebenaran daripada pengurusan sekolah mengenai aktiviti itu sebelum membawa mereka keluar.

“Saya dapat lampu hijau daripada pihak pengurusan tahfiz. Saya bawa mereka menonton dan makan di luar, pada masa sama menyokong filem tempatan yang bagus.

“Mereka suka filem Pusaka kerana filem ini ada berkaitan agama dan jin. Ada mesejnya di situ,” katanya.

Oleh: Guy Masaki

Sumber Foto: Instagram @sharifah_sakinah

Del14