Bawa Watak Budak Kampung, Haqiem Rusli Sanggup Tanggal Spek Hitam!

Sempena Aidilfitri tahun ini, TV3 mempersembahkan iklan raya ‘Hero Setulus Kasih’ yang menampilkan penyanyi Haqiem Rusli membawa watak sebagai pemuda kampung.

Sedikit kelainan yang ditunjukkan oleh Haqiem kali ini adalah dia tampil tanpa kaca mata hitam. Rata-rata netizen teruja melihat sisi lain yang ditonjolkan oleh penyanyi kesayangan ramai ini.

“ Saya membawa watak sebagai pemuda kampung yang bekerja di sebuah kedai runcit.

“ Secara jujurnya, saya minat berlakon tetapi tengok pada watak. Saya lebih selesa bawa watak orang susah atau berlakon dalam cerita sedih,” katanya kepada XTRA.

Menyentuh tentang penampilan tanpa kaca mata hitam di skrin, Haqiem mengaku tiada masalah untuk berbuat demikian demi menjayakan watak.

“ Mengenai buka spek hitam pula, takkan jadi budak kampung kerja dalam kedai runcit nak berspek hitam pula kan? Saya sanggup buka spek untuk bawakan watak Haqiem dengan lebih berkesan. Saya hanya akan berspek hitam ketika di pentas.

“ Alhamdulillah, saya okay dan seronok berlakon,”  ujarnya.

Iklan raya ‘Hero Setulus Ikhlas’ mengisahkan hubungan keikhlasan sesama penduduk di sebuah kampung boleh ditonton di laman Youtube TV3 bermula 24 Mei lalu. Nak tahu siapa ‘superhero’ di kampung itu, korang kena tengok okay?

 

SGMS Faida