Bayi Asyik Menangis, Sampai 2 Jam Punca Utama Wawa & Aeril Tukar Nama Anak

Pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel mengambil keputusan untuk menukar nama bayi keempat mereka yang dilahirkan pada 30 November 2021 yang lalu.

Nama Jibril Ibtisam yang dipilih oleh Aeril sebelum ini ditukar kepada Muhammad Fahri disebabkan anak bongsu pasangan ini kerap menangis apatah lagi ia berlarutan sehingga 2 jam lamanya.

“Nama anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih tapi kedua-duanya asyik menangis. Yang ketiga saya pula yang namakan, okey pula anak tu.

“Anak keempat ni, Aeril namakan pun meragam juga. Bayi asyik nangis, sampai dua jam lamanya. Orang panggil bayi kolik,” katanya.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, perkara tersebut diketahuinya selepas beliau mendapat notifikasi daripada pusat akikah memaklumkan bahawa Muhammad Fahri telah selamat diakikahkan.

“Aeril merajuk tak nak cakap dengan saya selepas saya kata kenapa sayang bila bagi nama je, mesti jadi macam ni? Tersu Aeril merajuk tak nak cakap dengan saya.

“Tiba-tiba saya dapat notifikasi dari pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri telah selamat diakikahkan. Kiranya, untuk anak keempat ni, dua kali dah akikah dilakukan,” jelasnya.

 

 

 

 

Sumber : Gempak

Salma Syahbuddin