Tiada PKP Atau Sekatan Balik Kampung Sempena Tahun Baru Cina & Hari Raya Aidilfitri – Ismail Sabri

Seperti sedia maklum, rata-rata masyarakat di negara ini khuatir dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya menjelang sambutan hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Namun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan dan memberi jaminan bahawa tiada PKP atau sekatan jalan raya akan dilaksanakan sempena sambutan perayaan tersebut.

Menurutnya, sektor ekonomi dan sosial serta pergerakan merentas negeri dibenarkan kembali seperti biasa.

Katanya, jika kes meningkat di sesuatu kawasan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilakukan di kawasan terbabit sahaja.

“Sudah ada orang yang buat spekulasi macam-macam, termasuk kononnya tak boleh balik raya kerana kes meningkat semula sejak beberapa hari lepas, namun jangan bimbang, kita tidak akan tutup lagi seluruh negara, atau negeri atau daerah kerana jaminan sudah diberikan.

“Pergerakan rakyat juga seperti biasa, tetapi kita akan memfokus kepada kawasan sasaran yang banyak berlaku penularan kerana kita ada PKPD.

“Jika kampung itu yang dikenakan PKPD, maka mereka dari kampung itu sahaja yang tidak boleh pulang,” katanya.

 

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin