Hampir 8 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Syura Akhirnya Pilih Jejaka 28 Tahun Jadi Suami

Penyanyi yang popular menerusi lagu Nazam Berkasih, Syura akhirnya menamatkan zaman solonya setelah hampir lapan tahun bergelar ibu tunggal kepada tiga cahaya matanya.

Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, 36, sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Muhd Farizat Ismail, 28, pada majlis yang berlangsung di Masjid As-Salam Puchong Perdana, Selangor pada Sabtu.

Pada majlis itu juga, Syura telah menerima set barangan kemas sebagai wang hantaran.

“Kenal sejak lima tahun, dialah yang menjadi penyokong dan pengkritik saya…”

Bersyukur dengan apa yang berlaku, Syura mengakui suaminya itu adalah orang kebanyakan serta menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan.

“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Saya bernikah dengan lelaki bujang dan orang kebanyakan serta dia juga menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan.

“Ya, kami kenal sejak lima tahun lalu dan dalam tempoh itu dia menjadi penyokong dan pengkritik saya. Dia juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” katanya.

 

 

Untuk rekod, Syura dan bekas suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin telah berkahwin pada 16 April 2006 kemudian bercerai kali pertama sekitar November 2014 dan bercerai kali kedua pada bulan Ogos 2015.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu, Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.

Difahamkan, pasangan ini juga akan diraikan dalam satu majlis bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.

 

 

Sumber : Gempak

Salma Syahbuddin