“Bazir Masa Nak Fikir Pasal Cinta, Yeah Aku Sakit!” – Muat Naik Video Di IG, Mimi Lana Cetus Spekulasi

Pelakon Mimi Lana sekali lagi mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya seolah-olah memberikan gambaran mengenai perasaannya pada ketika ini.

Menerusi hantaran tersebut, Mimi kelihatan sedang duduk di atas katil sambil menonton muzik video lagu Malampagi nyanyian Saixse.

Namun apa yang mencuri perhatian, Mimi sempat merakamkan lagu tersebut dibahagian lirik tertentu seakan memberitahu isi hatinya.

“So sekarang kau nak ‘hye’. Datang balik with no shy. Sorry baby malan ni aku busy gettin so fly.

“Vibes aku memang gila party macam 4 july, Hati aku tak rasa, we go crah or we gone die.

“Malam, masih muda. Asal kau duduk macam tak buat apa.

“Bazir masa nak fikir pasal cinta, Yeah aku sakit.. aku healing sampai pagi tak balik,” tulis lirik lagu berkenaan.

Meskipun, pasangan ini masih tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai pembatalan pernikahan mereka yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos ini, namun peminat dan rakan terdekat masih menantikan jawapan penuh dari Mimi dan Syafiq.

Terdahulu, berita mengenai pembatalan majlis pernikahan pasangan popular ini dimaklumkan sendiri oleh pengurus Mimi, Iman Tang menerusi satu kiriman mesej ringkas kepada semua tetamu jemputan.

Sekadar info, Mimi atau nama penuhnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin dan Syafiq Kyle pernah menjalinkan hubungan cinta dan kemudiannya putus sekitar Mei 2020 bagaimanapun hubungan tersebut kembali terjalin dan pasangan ini akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 21 January lalu.

 

Salma Syahbuddin