Categories: HiburanSelebriti

Masya Masyitah Ligat Ketika Jalani Sesi ‘Photoshoot’, Netizen Komen – “Makin Teruk, Dah Macam Lintah Gelenyam”

Sejak tampil dengan imej terbaharunya tanpa bertudung, penyanyi Masya Masyitah tidak putus-putus menerima kecaman dalam kalangan netizen.

Bahkan, apa sahaja yang dilakukannya kini turut mengundang seribu satu cemuhan dalam kalangan netizen dek kerana kurang selesa dengan penyanyi itu.

Terbaharu, Masya sekali lagi mencuri tumpuan dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya ketika menjalani sesi penggambaran untuk sebuah jenama tempatan, Absolut Food.

Menerusi video tersebut, Masya kelihatan sangat teruja untuk mempromosikan acara yang akan dianjurkan oleh jenama itu tidak lama lagi.

Kurang selesa dengan gelagat penyanyi itu, rata-rata netizen telah meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap Masya menerusi ruangan komen.

Namun, ada juga yang meminta agar para netizen tidak terus mengeruhkan keadaan dengan melemparkan kata-kata kurang sopan terhadapnya.

 

Fatin Nurain