BCL Pilih Duda Anak Tiga Jadi Pengganti Ashraf Sinclair

Sebelum ini timbul desas desus kononnya penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari sudah menemui pengganti arwah suaminya, Ashraf Sinclair.

Perkara itu tular selepas kelibat sosok lelaki didakwa Tiko Aryawardhana hadir ketika sambutan ulang tahunnya yang ke-40 baru-baru ini.

 

Memetik laporan Tribun Network, BCL kini dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta dengan Tiko yang juga berstatus duda anak tiga.

Malah, kelibat Tiko yang sering hadir dimana-mana acara melibatkan BCL sebelum ini menguatkan lagi spekulasi hubungan cinta mereka.

@tribunmanado SOSOK TIKO ARYAWARDHANA DISEBUT-SEBUT PACAR BARU BCL, PROFESINYA TERKUAK #fyp #tiktokberita ♬ suara asli – Tribun Manado – tribunmanado

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Tiko didakwa turut meraikan ulang tahun BCL secara ‘intimate’ di sebuah restoran mewah baru-baru ini selepas kelibatnya terakam melalui pantulan cermin kaca di restoran berkenaan.

Sekadar info, Tiko merupakan petugas dibahagian kewangan di salah sebuah perbankan terkemuka di Indonesia.

Terdahulu, kisah kehidupan pelantun lagu Wanita Terbahagia ini tular selepas dia kehilangan suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang juga seorang artis popular dari Malaysia pada 18 Februari 2020.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun akibat serangan jantung.

BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aiden Sinclair,13.

Sebelum ini timbul desas desus kononnya penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari sudah menemui pengganti arwah suaminya, Ashraf Sinclair.

Perkara itu tular selepas kelibat sosok lelaki didakwa Tiko Aryawardhana hadir ketika sambutan ulang tahunnya yang ke-40 baru-baru ini.

 

Memetik laporan Tribun Network, BCL kini dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta dengan Tiko yang juga berstatus duda anak tiga.

Malah, kelibat Tiko yang sering hadir dimana-mana acara melibatkan BCL sebelum ini menguatkan lagi spekulasi hubungan cinta mereka.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Tiko didakwa turut meraikan ulang tahun BCL secara ‘intimate’ di sebuah restoran mewah baru-baru ini selepas kelibatnya terakam melalui pantulan cermin kaca di restoran berkenaan.

Sekadar info, Tiko merupakan petugas dibahagian kewangan di salah sebuah perbankan terkemuka di Indonesia.

Terdahulu, kisah kehidupan pelantun lagu Wanita Terbahagia ini tular selepas dia kehilangan suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang juga seorang artis popular dari Malaysia pada 18 Februari 2020.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun akibat serangan jantung.

BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aiden Sinclair,13.

Salma Syahbuddin